Tuesday, December 1, 2009

JUS MENGKUDU




MENGKUDU
Khazanah alam untuk insan sejagat

Mengkudu yang dahulunya tumbuh meliar di semak belukar secara tiba-tiba mendapat perhatian masyarakat setelah rahsia khasiatnya terbongkar. Kita berasa terhutang budi kepada Dr. Ralph M. Heinicke, ahli biokimia dari Universiti Hawai yang membuat kajian secara saintifik tentang khasiat buah mengkudu yang mengandungi bahan xeronine. Xeronine merupakan bahan penting kepada pengalakkan pertumbuhan tisu dalam tubuh badan melalui tindak balas kimia antara proxeronine dan proxeronase. Xeronine membantu membesarkan liang pada kecil yang membolehkan kadar serapan bahan nutrient daripada makanan dipertingkatkan.

Habitat
Pokok mengkudu boleh ditemui tumbuh dengan suburnya di Negara-negara yang berdekatan dengan garisan Khatulistiwa seperti India, Malaysia, Indonesia, Filipina, Indonesia dan Hawai. Di Malaysia pokok mengkudu mempunyai dua spesis. Mengkudu liar atau mengkudu hutan (Morinda tinctoria) adalah mengkudu asal yang tumbuh meliar di belukar dan di kawasan tanah lapang (tepi laut). Pokoknya berbentuk rendang dan berbuah kecil sebesar ibu jari. Buahnya berbintik-bintik seperti bisul kecil, berwarna hijau dan tumbuh berkelompok. Betuk daunnya lebar menirus dan berasa pahit.

Selain xeronine, mengkudu juga amat kaya dengan bahan antioksidan. Kepekatan bahan antioksidan dalam mengkudu adalah lebih tinggi berbanding dengan tumbuhan lain. Dengan adanya bahan antioksidan dalam badan, ia akan melambatkan proses penuaan. Tidak dinafikan fakta inilah yang menarik jutaan manusia terutamanya kaum Hawa untuk mengamalkan pengambilan jus mengkudu memberi kesan positif kepada penyakit-penyakit berikut:

KHASIAT JUS MENGKUDU ATAU NONI
(Morinda citrifolia)
Didapati berkesan mengatasi masalah berikut:

1. SISTEM PERNAFASAN - Sinus atau resdung
asma, bronkitis, ingus meleleh, batuk kering,
kolera dan bayi yang dihinggapi demam selsema.

2. SISTEM PENGHADAMAN - Perut kembong,
ulser duodenal, gastrik, cirit birit, muntah-
muntah, tidak khadam, keracunan makanan.

3. SISTEM KARDIOVASKULAR - Tekanan darah
tinggi, otot jantong berdenyut kuat dan aras
kolesterol yang tinggi.

4. GANGGUAN DALAM TUBUH - Kencing manis
atau diabetis, sakit kepala, migraine, sakit ginjal,
buah pinggang, pundi kencing, psoriasis dan tiroid.

5. MULUT DAN TEKAK - Radang tekak, sakit gusi,
sakit tekak, batuk dan sakit gigi.

6. DEMAM - Demam, muntah-muntah dan selsema.

7. SAKIT TULANG DAN SENDI - Sakit sendi atau
arthritis, gout, terseliuh atau terkehel.

8. PENYAKIT KULIT - Bisul, luka, kurap, radang,
ulser, kulit, selulit, abases, lelasan (abrasion).

9. SAKIT PUAN - Sengugut, gangguan haid.

10. PENYAKIT LAIN - Ketumbuhan atau tumor,
penyakit hati, sel yang banyak asid.

LAIN-LAIN KESAN

1. PERTUMBUHAN RAMBUT – Mampu membina sel-
sel baru dibawah kulit kepala dan menghasilkan
pertumbuhan rambut.

2. KESAN USIA – Digunakan sebagai tonik untuk
memulihkan kesan penuaan (Awet muda)

3. TENAGA BATIN – Boleh memulihkan tenaga batin
(Bertindak seperti `Tongkat Ali’ ,`Viagra’.


Dikomersialkan

Dengan adanya kemajuan dalam teknologi pemprosesan makanan secara saintifik, kini kaedah pengambilan mengkudu telah dipermudahkan. Buah mengkudu yang masak diproses untuk dijadikan jus mengkudu dan dikeluarkan secara komersial. Beberapa syarikat di Hawai telah berjaya menghasilkan jus mengkudu untuk pasaran global. Di Malaysia jus minuman mengkudu ini dijual dengan harga antara RM200 - 250 bagi setiap liter. Sambutan jus mengkudu amatlah mengalakkan dan kini Institut penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) juga telah berjaya menghasilkan jus mengkudu yang setanding dengan mutunya berbanding dengan jus mengkudu yang di impot.

Selain pihak MARDI terdapat juga beberapa pengusaha tempatan telah berjaya mengeluarkan jus mengkudu dengan pelbagai jenama bagi pasaran domestik. Dengan adanya keluaran jus mengkudu tempatan, pasaran jus mengkudu tidak lagi dimonopolikan oleh jus mengkudu impot dan seterusnya akan dapat mengurangkan pertukaran wang asing. Dalam masa yang singkat keluaran jus mengkudu oleh pengusaha-pengusaha tempatan dikatakan telah mengambil lebih daripada 40% jumlah jualan jus mengkudu impot kerana harganya lebih murah dan kuliti juga difahamkan setanding dengan keluaran impot.

Tonik untuk kesihatan
Jus mengkudu dihasilkan daripada buah mengkudu yang masak. Buah mengkudu dihancurkan untuk mendapatkan jus mengkudu yang tulin. Untuk mengurangkan rasa dan baunya yang tidak enak, jus ini dicampurkan dengan perasa buah-buahan seperti perasa mangga, anggur dan strawberi. Untuk mendapatkan khasiat daripada jus mengkudu, pengamal hendaklah meminumnya setiap pagi 30 minit sebelum sarapan sebanyak 100 ml. atau tiga sudu besar. Kepada mereka yang baru mengetahui khasiat mengkudu, janganlah terlalu ghairah sehingga mengambil dos berlebihan. Pengambilan jus mengkudu secara berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit.

Daripada penemuan khasiat mengkudu secara saintifik ini bolehlah kita mengambil suatu pengajaran, banyak lagi amalan perubahan tradisional orang tua-tua kita yang masih lagi menjadi rahsia. Sekiranya amalan tradisional ini diberi tumpuan kajian, mungkin banyak lagi tumbuhan herba yang boleh dikomersialkan yang akan memberi banyak manfaat kepada insan sejagat.

No comments:

Post a Comment