Wednesday, December 2, 2009

PETUA ORANG-ORANG TUA
KHASIAT POKOK MENGKUDU

Penyakit Darah Tinggi
Perah air buah mengkudu yang masak. Campurkan air perahan dengan madu lebah dan diminum setiap pagi sebelum sarapan selama seminggu. Ulangi amalan ini sekiranya keadaan darah tinggi meningkat semula.

Betis kering bersisik dan tumit kaki merekah
Walau pun kedua jenis penyakit ini tidak menyakitkan penghidapnya tetapi ia amat memalukan terutamanya kepada kaum wanita. Untuk menghilangkan penyakit ini ambil sebiji buah mengkudu yang masak dan sapukan kepada bahagian yang berpenyakit. Biarkan selama 15 minit. Kemudian basuhlah dengan air suam. Lakukan amalan ini beberapa kali sehingga tanda kering bersisik dan merekah tumit hilang.


Meredakan batuk
Buah mengkudu yang masak dimakan bersama garam dan dalam masa yang tidak lama gatal-gatal di tekak, serak dan batuk akan hilang.

Penyakit kuning
Dua biji buah mengkudu yang telah dimasak diperah airnya dan dicampurkan sedikit gula batu. Airnya diminum dan lakukan 2 kali seminggu sehingga penyakit kuning hilang.

Demam
Sebiji buah mengkudu direbus bersama satu inci lengkuas dalam dua gelas air. Teruskan merebus sehingga air rebusan menjadi satu gelas air. Air rebusan diminum pada sebelah pagi dan malam.


Mengecut rahim
Daun mengkudu dibalut pada tungku yang telah dipanaskan sebelum dibungkus dengan kain untuk bertungku. Amalan ini boleh mengecutkan dan `menaikkan’ rahim ibu selepas bersalin.

Satu lagi spesis mengkudu yang sering terdapat di kawasan berhampiran pantai dan belukar ialah mengkudu India atau mengkudu busuk (Morinda citrifolia). Spesies ini dikatakan berasal dari India tetapi telah membiak dengan suburnya di negara kita sejak hampir 100 tahun dahulu. Bentuk pokok mengkudu India kelihatan sama seperti pokok mengkudu hutan, tetapi mengkudu India mempunyai saiz daun dan buah lebih besar berbanding mengkudu hutan. Buah mengkudu India berwarna hijau sewaktu muda dan berubah warna kuning susu kepada kuning setelah mencapai peringkat cukup masak. Saiz buahnya boleh membesar sehingga 12 sm.

Amalan tradisional

Orang tua-tua dahulu mengamalkan pengambilan mengkudu secara tradisional yang mereka percaya mengkudu mempunyai pelbagai khasiat. Antaranya merendahkan tekanan darah tinggi mengurangkan angin dalam badan, menambah selera makan dan awet muda. Amalan yang mereka gunakan ialah memakan pucuk mengkudu yang direbus sebagai ulam, memakan buah mengkudu masak dengan garam dan meminum jus mengkudu dengan madu lebah.

No comments:

Post a Comment